Skip to main content

Siapakah dia

Dia seorang gadis. Hari ini dia berbaju kurung. Manis. Sama seperti di hari-hari yang lain. Seperti biasa, dia akan melangkah melepasiku dengan laju. Meninggalkan sisa-sisa harumannya. Haruman yang unik. Yang tidak ada pada orang lain. Seolah-olah bau itu memang dari dalam dirinya sendiri. Yang terbit dari hatinya. Tenang. Bahagia. 

Dia bersendirian lagi. Rutin sehariannya.

Aku hairan, bukankah Tuhan menciptakan mahkluknya berpasang-pasangan. Namun bukan dia? Riak wajahnya kosong. Bukan jiwa yang terhegeh-hegeh menagih cinta sesama makhluknya. Namun dia masih nampak tenang. Kadang-kadang dia tersenyum sendirian. Aku cemburu. Apakah yang bermain difikirannya itu?

Aku adalah saksi, yang melihat betapa ajaibnya tempat ini. Tempat yang menanam benih percintaan, benih kasih sayang sesama manusia. Dihadiri si angin sepoi-sepoi, si burung kicau, sang suria jingga, serta keindahan si tasik biru. Seperti terdapat mantera yang merasuki setiap ruang sisi jiwa setiap manusia yang hadir. Mereka seperti mabuk. Mabuk bercinta.

Namun bukan dia. Dia seperti kebal dengan sumpahan tempat ini. Seperti dia berada di dunianya sendiri. Yang berjaya menepis bisikan-bisikan halus setiap kali hadir di sini. Aku tidak mengerti. Sekeras apakah hatinya terhadap cinta? Apakah yang menyebabkan dia kalis dengan rasukan ini. Adakah dia pernah disakiti? Jika ya, siapakah yang sanggup memperlakukan insan sepertinya. Insan yang baik dan tidak berdosa.

Apakah orang buta? Apakah orang tidak nampak betapa bercahayanya jiwa ini? Betapa indah setiap inci pergerakannya, langkahnya. Setiap hembusan nafasnya membisikkan bunyi merdu yang melembutkan jiwa yang keras. Mukanya berkilauan, bersinar-sinar bak mutiara, memukau setiap mahkluk yang melihatnya. Kata-kata yang diucapkannya menembusi setiap saluran rongga-rongga tubuh, menggugurkan air mata yang mendengarnya.

Namun kenapa dia tidak terpilih dikalangan manusia? Mengapa manusia sangat buta? Apa yang menghalang mereka untuk melihat kebenaran? Mengapa mereka lebih memilih manusia yang tempang jiwanya? Yang kotor dalamnya. Apakah kayu ukur seseorang manusia? Adakah terletak pada luaran semata-mata? Aku pelik. 

Mana mungkin kamu yang berjalan seiringan, dipegang-dipegang olehnya, dikucup-kucupnya, tidak mengesan bahawa yang bersamamu bukanlah manusia? Tetapi yang bersamamu adalah syaitan bertopengkan manusia, hodoh, tiada sebutir pun cahaya putih, kulit hitam terbakar rentung. Busuk baunya, mencemarkan jisim-jisim dunia, meloyakan makhluk yang menghidu. Yang dalam diam menjuruskan jiwa mu kelembah kehitaman. Yang meragut cahaya jiwamu. Tidakkah kamu sedar wahai manusia.

Kerana yang ku tahu, seperti yang diceritakan oleh nenek moyangku, manusia adalah makhluk paling sempurna, pemimpin dunia, yang paling disegani. Setiap keperluannya harus diutamakan. Yang lain harus dikorbankan. Kerana manusia mulia, seperti Muhammad. Aku sanggup berkorban untuknya.Satu nama yang tidak asing bagiku. Yang sangat indah daripada bulan, mempersonakan mata yang memandang. Namun sayang, aku tidak dapat menyaksikannya ketika dia masih ada, sehinggalah dia meninggalkan alam ini. Namun dihadirkan jiwa yang indah ini, sepertinya, seakan-akan mengubat jiwa ku yang rindu.

Sekejap lagi aku akan dicabut dari bumi ni. Demi manusia. Katanya aku diberi ancaman kepada mereka. Aku tahu hari ini akan tiba. Senasib dengan nenek moyangku. Sekurang-kurangnya mereka berbangga telah dapat berbakti kepada manusia mulia Muhammad. Namun bagaimanakah aku? Redha kah aku berkorban untuk manusia-manusia derhaka ini?

Namun sungguh, sekurang-kurangnya, aku bangga dapat melihat gadis itu. Aku bangga kerana jiwa Muhammad masih ada dalamnya. Siapakah dia?





Comments

Popular posts from this blog

Pemarah

Aku bukanlah seseorang yang mudah naik marah. Tapi marah itu tetap wujud dalam diriku, seperti bara kecil yang menyala dalam diam. Mungkin, bila orang lihat dari luar, mereka akan fikir aku adalah tenang, lembut. Tapi apa yang mereka tidak tahu, dalam hati aku ada ombak yang menghempas tanpa henti, penuh rasa yang tidak terungkap. Adakah lembut itu satu kelemahan? Atau sebenarnya aku cuma menipu diri sendiri, berpura-pura jadi lembut kerana takut sakiti hati orang? Aku diam bukan sebab aku setuju. Aku diam sebab aku tidak mahu bergaduh, tidak mahu hal kecil menjadi besar. Dan bila aku diam, mereka klasifikasikan aku sebagai orang yang lembut. Aku tidak meluahkan perasaan marah aku dalam bentuk kata-kata. Jadi, bila semuanya terkumpul dalam hati, ia mengalir keluar sebagai air mata. Mata ini selalu menahan, seakan-akan ada takungan kecil yang hampir melimpah, menunggu saatnya. Dan bila luka itu terlalu dalam, takungan itu pecah, mengalir deras, bersama seluruh jiwa yang bergetar. Aku ti...

Berapakah Harga Kemaafan

Dia yang bernama kemaafan, berapakah harganya? Harga? adakah kau ingat aku boleh dijual beli? Dibayar sekalipun dengan darah dan nyawa, belum tentu kau boleh dapatkan aku. Kenapa? Kenapa kau perlukan aku? Bukankah engkau seorang yang handal? Bukankah engkau pernah mengaku kau adalah yang terbaik? Bukankah engkau pernah merasa bahawa semua makhluk layak berada di bawah tapak kakimu? Bukankah engkau menganggap yang lain hanyalah picisan makhluk, hanya kau watak penting yang diciptakan tuhan? Bukankah engkau megah berasa kau yang paling bagus, tidak pernah buat salah, tidak pernah berdosa? Bukankah yang lain hanyalah hina? Bukankah selain kau, adalah bodoh? Jadi mengapa kau perlukan aku? Mengapa kau mahukan aku? Aku hanya makhluk yang diberi nama kemaafan. Bukankah kau hanya memandang enteng kepada aku? Kau pernah mentertawakan aku, aku mahkluk paling tidak berguna dan tiada masa hadapan. Namun, kenapa sekarang baru kau mengubah pendirian kau? Mengapa setelah berulang kali aku beri kesemp...

Pergilah~

 ye, pergilah..pergilah semua..biarkan aku..sendiri dalam kepompongku... kau kononnya ingin membuka kepompongku...ternyata tak..kau pergi jua ye...aku ibarat patung..aku tak dipanggil orang..aku tak layak dilayan seperti orang..aku ada atau tak...aku tak dihiraukan keberadaan ku.. aku ibarat di dunia asing..tujuan aku ke bumi ini hanya untuk capai matlamat tertentu...aku sunyi...aku sejuk..sudikah kau menghulurkan tangan untuk ku... tapi aku tak salahkan kau..aku yang minta seperti ini..aku yang cipta keadaanku ini...aku yang minta untuk menyendiri..aku yang minta dipulaukan..aku yang memilih untuk jadi orang yang membosankan..aku yang pulaukan kau..aku yang menjauhkan diri...aku yang tutup pintu hatiku...aku tak pernah salahkan kau...tak pernah...ini semua salah aku...