Dia yang bernama kemaafan, berapakah harganya?
Harga? adakah kau ingat aku boleh dijual beli?
Dibayar sekalipun dengan darah dan nyawa, belum tentu kau boleh dapatkan aku.
Kenapa?
Kenapa kau perlukan aku?
Bukankah engkau seorang yang handal?
Bukankah engkau pernah mengaku kau adalah yang terbaik?
Bukankah engkau pernah merasa bahawa semua makhluk layak berada di bawah tapak kakimu?
Bukankah engkau menganggap yang lain hanyalah picisan makhluk, hanya kau watak penting yang diciptakan tuhan?
Bukankah engkau megah berasa kau yang paling bagus, tidak pernah buat salah, tidak pernah berdosa?
Bukankah yang lain hanyalah hina?
Bukankah selain kau, adalah bodoh?
Jadi mengapa kau perlukan aku?
Mengapa kau mahukan aku?
Aku hanya makhluk yang diberi nama kemaafan.
Bukankah kau hanya memandang enteng kepada aku?
Kau pernah mentertawakan aku, aku mahkluk paling tidak berguna dan tiada masa hadapan.
Namun, kenapa sekarang baru kau mengubah pendirian kau?
Mengapa setelah berulang kali aku beri kesempatan, kau menolak?
Kini kau ingin aku kembali?
Mengapa engkau sanggup menjilat semula ludah kau?
Haha.
Hey si bodoh.
Sudah terlambat.
Seperti yang aku kata, engkau tidak akan mampu memiliki ku lagi.
Kau harus diberi pengajaran.
Mahkamah dunia bukan lagi tempatnya.
Berapa harga ku? Kita tunggu di sana.
Comments
Post a Comment