Skip to main content

Posts

Showing posts from August, 2024

Siapakah dia

Dia seorang gadis. Hari ini dia berbaju kurung. Manis. Sama seperti di hari-hari yang lain. Seperti biasa, dia akan melangkah melepasiku dengan laju. Meninggalkan sisa-sisa harumannya. Haruman yang unik. Yang tidak ada pada orang lain. Seolah-olah bau itu memang dari dalam dirinya sendiri. Yang terbit dari hatinya. Tenang. Bahagia.  Dia bersendirian lagi. Rutin sehariannya. Aku hairan, bukankah Tuhan menciptakan mahkluknya berpasang-pasangan. Namun bukan dia? Riak wajahnya kosong. Bukan jiwa yang terhegeh-hegeh menagih cinta sesama makhluknya. Namun dia masih nampak tenang. Kadang-kadang dia tersenyum sendirian. Aku cemburu. Apakah yang bermain difikirannya itu? Aku adalah saksi, yang melihat betapa ajaibnya tempat ini. Tempat yang menanam benih percintaan, benih kasih sayang sesama manusia. Dihadiri si angin sepoi-sepoi, si burung kicau, sang suria jingga, serta keindahan si tasik biru. Seperti terdapat mantera yang merasuki setiap ruang sisi jiwa setiap manusia yang hadir. Mereka...

Berapakah Harga Kemaafan

Dia yang bernama kemaafan, berapakah harganya? Harga? adakah kau ingat aku boleh dijual beli? Dibayar sekalipun dengan darah dan nyawa, belum tentu kau boleh dapatkan aku. Kenapa? Kenapa kau perlukan aku? Bukankah engkau seorang yang handal? Bukankah engkau pernah mengaku kau adalah yang terbaik? Bukankah engkau pernah merasa bahawa semua makhluk layak berada di bawah tapak kakimu? Bukankah engkau menganggap yang lain hanyalah picisan makhluk, hanya kau watak penting yang diciptakan tuhan? Bukankah engkau megah berasa kau yang paling bagus, tidak pernah buat salah, tidak pernah berdosa? Bukankah yang lain hanyalah hina? Bukankah selain kau, adalah bodoh? Jadi mengapa kau perlukan aku? Mengapa kau mahukan aku? Aku hanya makhluk yang diberi nama kemaafan. Bukankah kau hanya memandang enteng kepada aku? Kau pernah mentertawakan aku, aku mahkluk paling tidak berguna dan tiada masa hadapan. Namun, kenapa sekarang baru kau mengubah pendirian kau? Mengapa setelah berulang kali aku beri kesemp...